Petikan Dari Akhbar KOSMO;
Tarudin Ismail, 67, meninggal dunia pada 11.50 pagi selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan sejak Jumaat lalu.
Kakak ipar Siti, Rozie Abdul Razak berkata, Tarudin pada mulanya mengadu tidak sedap badan di rumahnya di Kuala Lipis, Pahang sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lipis pada 2 pagi Jumaat lalu.
Arwah dibenarkan pulang pada 4 pagi tetapi pada 5 pagi, beliau rebah di ruang tamu.
SITI dan Khalid di hadapan pusara bapa di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tempoyang, Kuala Lipis malam tadi.
Menurutnya, Siti kemudiannya menghubungi HPAP dan meminta ambulans menjemput bapanya di Kuala Lipis.
Apabila sampai di hospital berkenaan, bapa penyanyi itu kemudiannya menjalani satu pembedahan pada 7 petang pada hari yang sama.
Selepas menjalani pembedahan, arwah dimasukkan ke ICU kerana masih tidak sedarkan diri akibat kompilasi penyakit seperti kencing manis dan buah pinggang sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Al-Fatihah buat Allahyarham Tarudin Ismail,dan salam takziah buat semua ahli keluarga....
No comments:
Post a Comment